KOTA BHARU: Empat lelaki tempatan berusia lingkungan 45 hingga 70 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam pemalsuan dokumen pada 3 Oktober lepas.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pemalsuan dokumen berkenaan adalah berkaitan surat sokongan ke atas salah satu projek pembangunan di Kelantan.
Surat palsu itu menyerupai surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Kelantan dengan mengandungi titah kononnya dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia KDYMM Sultan Kelantan.
"Pada 28 September lalu, jam lebih kurang 8.00 malam, semasa berada di Kota Bharu, Kelantan, pengadu telah membaca mesej di aplikasi whatsapp dari yang disertakan imej sekeping surat bertarikh 15 September 2022 yang mengandungi tandatangan pengadu.
"Pengisian surat itu bahawa kononnya KDYMM Sultan Kelantan telah perkenan menyokong penuh usahasama antara tiga buah syarikat untuk melaksanakan satu projek di salah sebuah jajahan di Kelantan.
"Pengadu menafikan tidak pernah mengeluarkan surat itu dan mengesyaki terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menyamar sebagai pengadu menandatangani surat palsu tersebut," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, hari ini.
Muhamad Zaki berkata, laporan polis yang telah dibuat pada 3 Oktober lalu telah disiasat mengikut seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu tipu dengan jalan samaran.
"Keempat-empat suspek yang ditahan itu telah direman sehingga semalam dan kes masih dalam siasatan," tambahnya.
Dalam pada itu, Muhamad Zaki menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sebarang dokumen yang diterima dalam situasi yang meragukan.
"Semakan hendaklah dibuat dengan pihak yang mengeluarkan dokumen tersebut atau agensi yang berkaitan,"katanya lagi.
Wanna Abd Rahim
Sun Oct 09 2022
Menurut Muhammad Zaki, pemalsuan dokumen berkenaan adalah berkaitan surat sokongan ke atas salah satu projek pembangunan di Kelantan. - Fail PDRM
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Guna kepala surat Istana Kelantan, 4 individu ditahan
Empat lelaki tempatan berusia lingkungan 45-70 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam pemalsuan dokumen pada 3 Oktober lepas.
PRU14: Penyebaran senarai calon BN Kedah di media sosial palsu - MB
Senarai tersebut adalah palsu kerana sehingga kini belum ada senarai akhir calon atau cadangan daripada parti UMNO negeri berhubung nama yang hendak dicalonkan.